Tuesday, April 4, 2017

MTQ Peringkat PKG Manir 2017

Pada  30hb Mac yang lalu telah diadakan Mtq Peringkat PKG Manir 2017. SK. Kampong Tengah telah dipilih sebagai tuan rumah. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang.

Wednesday, January 28, 2015

PROGRAM BACAAN AL QURAN WAKTU PAGI

Program bacaan al Quran pada waktu pagi diteruskan. Murid tahun 1, 2, 3 dan 4 di dewan sekolah manakala murid tahun 4 Dan 5 membaca yaasin, solat hajat dan solat dhuha di surau Sekolah. Waktunya ialah dari Jam 7.40 hingga jam 8.00 pagi.

Tuesday, January 27, 2015

MINGGU-MINGGU SIBUK BAGI GURU-GURU

Di awal permulaan persekolahan ini terlalu banyak program dan mesyuarat yang dijalankan yang sememangnya bertujuan untuk melancarkan perjalanan persekolahan bagi tahun ini. Diantara program yang telah dijalankan itu ialah mesyuarat, taklimat, program transisi bagi tahun satu, dan  penyampaian bantuan awal persekolahan.

Sunday, January 18, 2015

SK. Kampong Tengah Kembali

    Setelah sekian lama menyepi insyaallah blog ini akan kembali aktif.

Sunday, September 6, 2009

PROGRAM TADARRUS ALQURAN

Sepanjang bulan Ramadhan murid-murid tahun 4 dan 5 mengikuti Program Tadarrus Al quran yang diadakan pada waktu rehat 10.10 hingga 10.40 pagi di surau sekolah. Seramai 120 orang murid terlibat dalam program ini. Program ini dibimbing oleh guru agama secara bergilir. Kemuncak program ini ialah pada 17.9.2009 iaitu Majlis Khatam Quran yang akan diadakan di Dewan sekolah.

MAJLIS RESTU ILMU




6 September 2009 telah berlangsung satu majlis "RESTU ILMU'. Melibatkan semua murid tahun 6 dan semua guru SK.Kampong Tengah. Majlis ini adalah merupakan majlis dimana semua murid tahun memohon kepada semua guru agar merestui ilmu yang telah diberikan kepada mereka. Ini adalah kerana pelajar ini akan menduduki peperiksaan UPSR pada 8.9 dan 10 .9 ini.


Dalam majlis ini penyelaras UPSR iaitu En. Che Zaid telah mengingatkan betapa pentingnya guru kepada semua. "SIAPALAH KITA TANPA GURU". Seterusnya Tuan Guru Besar mengingatkan beberapa perkara kepada semua murid tahun 6. Jagalah kesihatan, tidur awal, datang awal ke sekolah dan sebagainya.
Majlis di akhiri dengan murid-murid bersalam dengan semua guru.

Wednesday, September 2, 2009

CERAMAH IHYA' RAMADHAN

Pada 1hb September 2009 telah berlangsung satu ceramah Ihya' Ramadhan sempena bulan Ramadhan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mizan bin Mohd Noor. Ianya disampaikan kepada murid-murid pkbp,pra sekolah dan semua murid tahun 1, 2, 3, 4 dan 5. Murid tahun 6 tidak terlibat dalam ceramah ini memandangkan peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa hari lagi. Guru-guru tahun 6 bertungkus lumus untuk mempersiapkan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan ini. Ceramah ini nampaknya begitu berjaya memandangkan berbagai-bagai cara telah disampaikan bagi menarik minat murid. Dari lakunan, nasyid dan bersoal jawab.






Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan sebelum majlis bermula











Ustaz Mizan sedang menyampaikan ceramahnya